di atas sana ada langit yang faham kiasan bahasa hati ♥ ♥

Jumaat, 23 November 2012

:: KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN PENGEMIS BUTA ::

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.




Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.

Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.

“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.

“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.

“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.

“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.

“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.

“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.

“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.

“Ya benar. Kamu tidak percaya?”

“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.

“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah...

Rabu, 21 November 2012

~ Marilah kita hayati dan amalkan Doa Nabi Daud A.s ~


Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam..

Selasa, 20 November 2012

CINTAKU UNTUK ALLAH....

Allahu Rabbi Aku Minta Izin 
Bila Suatu Saat Aku Jatuh Cinta 
Jangan Biarkan Cinta Ku Untuk-Mu Berkurang 
Hingga Membuat Lalai Akan Adanya Engkau 
Allahu Rabbi 
Aku Punya Pinta 
Bila Suatu Saat Aku Jatuh Cinta 
Penuhilah Hatiku Dengan Bilangan Cinta-Mu Yang Tak Terbatas 
Biar Rasaku Pada-Mu Tetap Utuh 
Allahu Rabbi 
Bila Suatu Saat Aku Jatuh Hati 
Pertemukanlah Kami
Berikanlah Kami Kesempatan Untuk Lebih Mendekati Cinta-Mu 
Allahu Rabbi 
Aku Tidak Ingin Jatuh Cinta, Karena Aku Jatuh Cinta 
Aku Ingin Jatuh Cinta, Karena Dia Jatuh Cinta Pada-Mu 
Allahu Rabbi…
Pintaku Terakhir Adalah Seandainya Aku Jatuh Hati 
Jangan Pernah Kau Palingkan WajahMu Dariku 
Anugerahkan Aku Cinta-Mu 
Cinta Yang Tak Pernah Pupus Oleh Waktu 
Aku Ingin Mencintainya Dengan Sederhana 
Sederhana Namun Abadi 
Seabadi Sayangnya Hajar Kepada Ibrahim 
Sehangat Kasihnya Fatimah Terhadap Ali 
Aku Ingin Mencintaimu Dengan Sederhana 
Tak Serumit Kisahnya Laila Dan Majnun 
Atau Sesulit Jalinan Cinta Romeo Dan Juliet 
Maupun Kandasnya Cinta Radith Dan Jani 
Cukuplah Ku Berikan Separuh Hatiku Untukmu Setelah Separuh Lagi 
Ku Berikan UntukNYA...

..BAGAIMANA SAIDATINA FATIMAH MENGURUSKAN CINTA..

BAGAIMANA MEREKA MENGURUSKAN CINTA : 

  bukAn dirimu seorang yang mengalami cinta dan rindu. malah semua orang mngalaminya 

termasuklah aku yang bergelar insan..takkan terkecuali para Rasul,sahabat dan orang2

 soleh...bezanya bagaimana mereka mnguruskan perasaan dan bagaimana kita pula

 mnguruskannya....Ibn Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudah al muhibbin tentang kisah

 saidatina fatimah az zahra pada malam pertamanya.fatimah,puteri Rasulullah si pengantin 

baru berkata kepada suaminya saidina Ali "kanda,dulu sebelum kita nikah ,dinda tringin sangt 

nk jadi isteri seseorng.dinda amat mengaguminya" dengan penuh rasa cemburu saidina Ali

 berkata"habis tu,dinda menyesal nikah dngan kanda?"....si isteri menjawab nakal dengan 

senyuman di bibir."tak kandaku sayang kerana org itu ialah kanda'.....kisah ini menjadi bukti

 jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada saidina

 Ali...mengagumi,merindui dan memasang impian hidup bersamanya...  

-sebagai renungan untuk kita-

Isnin, 19 November 2012

memori kelako di pasaraya econjaya Kok Lanas .. hehe ^_^


... pg td nur pegi teman umi beli telur di EconJaya Kok Lanas ..

smbil2 tu tgu ank jiran beli brg,, nur tggu di tmpt rak roti.. umi brjalan ngn jiran nur.. mlas plak nk ikot.. lbih baek duk sini je.. xde orng.. aman ase..(hatiku berbicara)hehehe..
... namun... pe yg ku ase td 2 x ksmpaian.. huhu..
tibe2 dtg se0rg pemuda ngn troli roti nya..
nur ingat an die trus p dpn rak roti.. ok je la(dlm hati) .. tp rupe2 nya die mai letak troli 2 tepi nur.. alahai.. malunyer.. pe yg nur sgka 2 x btol.. huhu..
. nur pndg pmude 2 jp..same2 brpndangn.. akhirnya brderai gk gelak ktawa kmi.. hehe .. nk c0ntrol malu tp x dpt.. hihihi sbbnya x tahan ngn lucu diriku sndiri.,, 
alahai.. malunyer.. huhu 



comel la senyuman pemuda tu.. huhu ;) .. tenang hatiku melihatnya .. :)

Jumaat, 16 Mac 2012

Kamu...,tulang rusukku....

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku .........

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya . Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakmatangan.
LELAKI dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu...
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencarikhabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, sedang dia meminum kopinya, dia merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal" ........

Satu minggu kemudian...
LELAKI menerima khabar.
WANITA adalah salah seorang korban 11 sept 2001. Malam itu, sekali lagi, sedang LELAKI meneguk kopinya, dia kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semuanya sudah terlambat.Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Jika kita fikir akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?