Khamis, Oktober 08, 2009

Bukan sekadar satu tujuan.

Dicatat oleh .::Puteri Umi::. di 18:07 0 ulasan
Alhamdulillah pagi tadi telah selesai tugasan terakhir saya sebagai pelajar program Pemasaran peringkat Ijazah Sarjana Muda di UUM. Peringkat terakhir yang perlu dilakukan selepas tamat praktikum adalah penyediaan laporan. (Bagi kumpulan di bawah penilaian En Zainol, kami dikehendaki juga membuat pembentangan)

Pukul 9 pagi tadi saya dan seorang rakan yang juga sama2 sudah tamat praktikum telah pun bersedia untuk menghantar laporan dan sesi pembentangan. Encik Zainol habaq kami berdua adalah yang awal telah siap laporan. Sempat juga saya diusik dengan pertanyaan “eh, kamu tak bawa beras faiza ke?” .Erk sabar je la, "saya praktikum di syarikat rempahnya lah encik, ni rempah je yg saya bawak mai...”

Masa sesi pertemuan tersebut, saya dan rakan ditunjukkan bagaimana cara penilaian markah oleh majikan. Alhamdulillah hasil pengiraan yang dibuat, markah yang terkumpul membuatkan saya tersenyum (Terima kasih bos di FMSB yang baik hati!). Sesi presentation berkaitan laporan nampaknya tiada masalah. Soalan2 yang diajukan oleh En Zainol pun mujurlah dapat dijawab dengan sebaik mungkin.
Tidak terjangka......
Tujuan pergi bilik pensyarah rupanya bukan sekadar satu tujuan yang Allah telah tetapkan buat saya dan rakan.

Sesuatu yang amat istimewa pagi tadi apabila En Zainol yang merupakan pensyarah pemasaran kami, megambil kesempatan dari pertemuan tersebut dengan memberikan kami tazkirah dan pengisian agama sebagai bekalan untuk kami meneruskan perjalanan baru sebagai seorang pekerja yang bukan setakat cemerlang dalam tugasan tetapi yang lebih utama adalah pekerja yang beriman.

Kami turut diberikan 4 pesanan terakhir;

1) Apabila mendapat nikmat (spt gaji, pangkat, kesihatan, kesenangan), mestilah bersyukur.
2) Jika banyak melakukan kesalahan, segeralah bertaubat.
3) Dalam melakukan setiap perkara, utamakanlah keikhlasan.
4) Apabila mendapat ujian dari Allah, banyakkanlah bersabar.

Ya Allah, inilah hadiah dari-Mu yang amat tidak kusangka. Kesempatan waktu yang ada juga, En Zainol telah membacakan kepada kami sepotong ayat al-Qur’an berserta terjemahannya. (Waktu itu, saya berusaha menahan air mata dari berguguran...hanya Allah yang mengetahui rasa hati waktu itu...lemah, hina dan kerdilnya hamba-Mu ini Ya Allah).

Kemudiannya, kami turut diberikan makanan rohani dari salah satu hadis yang terkandung dalam Hadis 40. Tujuan En Zainol memilih hadis yang berkisar tentang 4 golongan manusia di bumi ini adalah bagi mengingatkan kami agar pilihlah untuk tergolong dalam 2 golongan yang baik dan cegahlah dari tergolong dalam golongan yang sia-sia.

Subhanallah..Maha Suci Allah...Aku rindu untuk bersama dalam sebuah perjalanan yang suci. Perjalanan yang Engkau redhoi. Perjalanan yang Engkau janjikan ganjaran yang teramat besar.Aku sedar untuk melalui perjalanan tersebut menuntut pengorbanan yang tinggi dan mujahadah untuk istiqomah. Ya Allah, jangan Engkau palingkan hati ini.

Ahad, September 06, 2009

Anak Soleh

Dicatat oleh .::Puteri Umi::. di 13:26 0 ulasan
Buat sahabat bernama Nur Ain binti Mohamad,
Terimalah sebuah lagu dedikasi dari UNIC ini. Semoga ada ketenangan buatmu...



Anak Soleh
Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

Isnin, Ogos 17, 2009

Indahnya Malam Pertama

Dicatat oleh .::Puteri Umi::. di 13:15 0 ulasan
Bait-bait untuk bahan renungan kita
Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk keparaduan Adam dan Hawa
Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan sang maut
Sebuah malam yang meninggalkan esak tangis sanak saudara

Hari itu......
Mempelai sangat dimanjakan
Mandi pun...harus dimandikan
Seluruh badan kita terbuka
Tidak ada sehelai benang pun menutupinya
Tiada sedikit pun rasa malu
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidup dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itu pun ditutupi kapas putih

Itulah susuk kita
Itulah jasad kita waktu itu
Setelah dimandikan
Kita pun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya...
Kerana sangat terkenal bernama KAFAN
Wanginan ditaburkan ke baju kita
Bahagian kepala, badan dan kaki diikatkan
Tataplah...tataplah...itulah wajah kita

Keranda pelaminan....langsung disiapkanPengantin bersanding bersendirian
Mempelai diarak keliling kampung
Yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian
Sebagai simbol asal-usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyaikan azan dan kalimah zikir
Akad nikahnya bacaan talkin
Berwalikan liang lahad
Saksi-saksinya nisan-nisan yang telah tiba duluan
Siraman air mawar penghantar akhir kerinduan

Dan akhirnya...
Tiba masa pengantin...
Menunggu dan ditinggalkan sendirian
Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah

Dan ketika tujuh langkah telah pergi
Sang malaikat lalu bertanya
Kita tak tahu apakah akan memperoleh nikmat kubur
Ataukah kita akan memperoleh siksa kubur
Kita tak tahu
Dan tak seorang pun yang yang tahu.


Jumaat, Ogos 14, 2009

Pergi Tak kembali

Dicatat oleh .::Puteri Umi::. di 14:00 0 ulasan


Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dan juga buat semua yang telah pergi terlebih dahulu menghadap Yang Maha Pencipta. Semoga ditempatkan di kalangan roh2 mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Dapat saya rasakan perasaan anak2 arwah apabila perginya arwah tanpa kembali lagi ke dunia ini. Hampir 6 tahun yang lalu saya turut pernah merasai....

Ketika

Dicatat oleh .::Puteri Umi::. di 12:40 1 ulasan
Mari bersama kita renungkan sejenak….KETIKA dan KETIKA........

KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita,
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
Tetapi meminta kepad Allah melalui orang tua/wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
Tetapi menikah di hadapan Allah

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda,
Kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta,
Maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa.

KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

KETIKA SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
Tapi juga semak berlukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA BIDUK RUMAHTANGGA BERGOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
Tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

KETIKA BELUM DIKURNIAKAN ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

KETIKA TELAH DIKURNIAKAN ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
Tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
Dan cintailah anak-anak anda masing-masing 100%

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
Dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI KELUARGA BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
Bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

KETIKA MENDIDIK ANAK
Janganlah pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinlah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

KETIKA INGIN AMAN & HARMONIS
Gunakanlah formula 7K
Ketakwaan
Kasih sayang
Kesetiaan
Komunikasi dialogis
Keterbukaan
Kejujuran

Ahad, Ogos 09, 2009

Layan Tag Insyirah

Dicatat oleh .::Puteri Umi::. di 11:31 0 ulasan
Bila baca blog adik comot Insyirah saya tiba2 teringat tag2 yang pernah diberikan kepada saya namun kesudahannya tak berjawab pun oleh saya tag2 tersebut, gara2 sibuk dengan dunia campus waktu itu. Hari ni sekali lagi nama saya dia tag, tak jemu sungguh adik comot ni…Respect2..So kesempatan yang ada, Kak Amiera tolong jawab kat sini ye dik.

1) Nama timangan anda

Sebut timangan tu rasa macam budak2 pula..Ehheh tiba2 rasa macam nak mak timang2 balik diri ini..(main2 je..mana la larat mak). Ok, saya kalau dengan keluarga adalah Amie, Mie dan Cik Mie (mak cik kesayangan anak2 Kak Long ni tau!). Dikalangan sahabat2 di sekolah mahupun universiti atau di mana sajalah depa ada yang panggil saya Sal, Amie, Mie, Amiera. Yang panggil nama Salmiera pun ada..(si raihaan le tu).

2) Anda seorang yg?

Mudah melelapkan mata pada sebelah malam. Hihi...kelebihan yang selalu didengki oleh housemate2 di Batu Pahat ni. Mana tak nye..depa berdua masing2 dah pernah tercakap sorang2 pada sebelah mlm gara2 tak menyedari bahawa sebenarnya sy dh tidoq dikala mereka rasa mereka sedang berbicara dengan saya...kuikuikui...sory eh kak radin dan ain. Tapi selari dengan itu juga, alhamdulillah saya jenis yang mudah bangun awal. :)

3) Insan yg teristimewa?

keluarga dan sahabat-sahabat (^_~)
Saiful, Nur Fitri dan Shaheera juga antara yang teristimewa.

4) Lagu kesukaan?

Lagu Hijjaz yang berbunyi Indah Fatamorgana….Saya lebih layan lagu2 nasyid dan lagu2 yang liriknya x melalaikan.

5) Makanan kesukaan anda?

Kalau ada ikan lagi saya suka makan. Tapi kebiasaannya hidangan apa je pun..Inysa’Allah dijamah dengan penuh selera juga. Hihi sebenarnya x cerewet sgt dlm soal makanan.

6) Sikap yg membuatkan anda stress?

Orang yang tak tentu pasal suka marah orang..ha org mcm tu memang boleh wat sy stress..

7) Warna kegemaran anda?

Pink, biru, oren, green and white (bak kata Ira, tengok blog pun dah tau kan)

8) Benda yg mesti ade dalam beg?

Macam2 ada. Kalau kena ragut boleh saja segala macam2 tu pun hilang dalam sekelip mata. Now, dah limit yang penting2 je yang akan ada dlm beg. Paling asas IC, lesen memandu, duit kt keperluan.

9) Kali terakhir anda menangis?

Lately kerap saja…. huhu..terjangkit ira le nih..

10) Tag untuk 6 rakan anda?

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang sudi..

Rabu, Julai 29, 2009

Seronok menyertai Tamrin Isma dan Pembina Johor

Dicatat oleh .::Puteri Umi::. di 13:11 0 ulasan
Alhamdulillah kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang kerana pada hujung minggu lepas saya ‘terpilih’ untuk mengikuti Tamrin Pembina dan Isma Johor yang bertempat di pejabat Isma JB. Oleh kerana saya seorang sahaja akhawat di Batu Pahat ini, maka bersendirianlah saya pergi ke JB selepas pulang dari office jam 5.30ptg. Mujur mudah mendapatkan bas ekspress Batu Pahat-JB. Walau tidak pernah pergi JB seorang diri, malah Bandar JB pun saya tidak biasa sgt namun dengan niat untuk mengadiri satu program yang baik saya yakinkan hati Allah akan melindungi saya. Teringat mesej Kak Syifa yang diterima pada sebelah pagi hari tersebut iaitu “Insya’Allah akan dipermudahkan. Jika ada kesulitan ia hanyalah ujian. Mujahadah akan mengurniakan kemanisan beriman”.

Sampai di Skudai pukul 7.45mlm, sementara menanti Ustazah Suhana datang mengambil saya di Bustop Sri Puteri itu saya hanya memerhati gelagat orang sekeliling. Hidup di bandar besar memang ramai yg nafsi2. Saya sendiri tidak berani untuk berbual dengan wanita di sebelah saya waktu di bustop itu. Tapi sebelum duduk saya sempat memberi senyuman walau senyuman tersebut akhirnya tak berbalas. Tanda-tanda akhir zaman, manusia hanya akan memberi salam kepada mereka yang dikenali sahaja.

Apabila Ustazah Suhana sampai, saya dengan yakin percaya itulah ustazah yang saya nantikan. Pertama kali sebenarnya saya bertemu dengannya kerana inilah program pertama saya bersama Pembina & ISMA Johor. Sebelum ini saya adalah di bawah Pembina Kedah. Saya yakin muslimah tersebut Ustazah Suhana kerana ustazah memanggil dengan menyebut nama saya. Walau baru pertama kali bersua namun kami ramah bagai telah lama mengenali. Dalam kereta saya sempat bertaaruf dengan keluarga ustazah serba sedikit.

Tiba di pejabat Isma, pada awalnya berdebar sedikit rasa hati ini, maklumlah saya orang baru bersama Isma dan Pembina Johor ini. Adakah saya mampu meramahkan diri dengan seikhlasnya. Sebaik saja masuk, tiba2 saya ditegur ramah oleh seorang akhawat. Saya jadi teruja tiba2. Dia mengenali saya, alahai tapi saya gagal mengecamnya. Ujarnnya biasa nampak saya. Rupa2nya pelanduk dua serupa...Dia tersilap orang, disangkanya saya adalah insan yang pernah dikenalinya. Hehe tapi oleh kerana dek ketersilapan itu telah secara tak langsung kemudiannya membuatkan kami ramah macam dah lama kenal.

Tiba2 ada seorang akhawat buat muka poyo dengan saya....Apabila saya terperasannya hampir saja saya dengannya menjerit..Nak tahu siapa dia? Hehe...dialah ukhti raihaan! Wah rindu banget sama si raihaan. (Kak syifa, hihi...kami berdua bertemu di sini!) Bila dah jumpa raihaan, maka kami tentulah menjadi geng baik! Kami sama2 berbual2 beramah dengan akhawat lain di sebelah2 kami sambil tunggu tazkirah bermula.

Hinggalah pada sesi taaruf semua akhawat yang hadir diberi peluang mentaaruf diri masing2 dengan perkenalkan nama, asal, status belajar atau bekerjaya dan jumlah anak jikalau telah berkahwin. Dalam sesi taaruf ni saya dapat mengenali semua nama akhawat yang hadir...(kenal semua, tapi yang betul2 ingat nama kat kepala saya cuma beberapa nama..maklumlah ramai sangat.). Sebelum sesi taaruf berakhir, Ustazah suhana sempat ’membuat pesanan penaja’ iaitu setiap akhawat selepas itu boleh berenggang dengan kawan2 yang telah dikenali dan perlu lebih mesra dengan kawan2 baru yang ditemui dalam program ini. Hihi saya dan raihaan spontan terbuat reaksi yang seolah2 kami kena dok jauh2 sikit...(Nakai gak kami berdua nih!).Ehheh faham sangat maksud ustazah suhana...sudah tentu antaranya kepada kami berdua jugalah sasaran mesej itu ditujukan. Dengan hati terbuka saya menyahut seruan mesejnya itu...(Dulu kalau dalam program dengan ISMA Kedah pun selalu juga saya dan raihaan diasing2kan oleh Kak syifa’...erk)

Selesai sesi taaruf ada makan malam dengan menikmati buah-buahan dan biskut. Kesempatan makan beramai2 ini dimanfaatkan sebaik2nya dengan beramah sesama akhawat2 yang duduk berhampiran. Malam itu sempatlah saya beramah dengan Kak Sha, zurina, azzy, raudhah, sarah, ainul dan beberapa akhawat lagi....Oh ye sebelum makan2 tu, saya dan raihaan ada masuk sebentar ke bilik untuk menelefon naqibah yang dirindui iaitu Kak Syifa di Kedah. Tiba2 nak menelefon tu dek kerana setelah membaca mesej dari Kak Syifa yang mengatakan Kak Syifa sedang menikmati mee bandung pada malam itu. Hehe hp saya loud speaker kan, so kami bertiga dapatlah berbual.Alahai rindunya....

Pada entry lain saya akan kongsikan berkenaan pengisian tamrin yang disertai pada 25 dan 26hb Julai tersebut. Pengisian adalah berkaitan jiddiyah, Iman Asas Pembinaan, dan sesi pembentangan tentang kes2 yang diberikan kepada kumpulan akhawat. Baca di entry lain seterusnya nanti naa...

Renung2kan mesej ayat di bawah ini. Seseorang yang ditarbiah ialah seperti pantai. Tidak pernah berubah tetapi teguh ditempatnya, walau ombak dan badai datang menimpa, jangan jadikan diri seperti pasir pantai. Sekali ombak datang hanyut bersama air..lalu tenggelam bersama air di dasar lautan. Tarbiah menjamin istiqomah di jalan Allah.
 

Mahabbah Puteri Umi Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal