di atas sana ada langit yang faham kiasan bahasa hati ♥ ♥

Khamis, 1 Januari 2015

Rindu dalam luka ....



R.I.N.D.U  T.E.R.L.U.K.A

...

Yaa ,, 
perasaan ini yang selama ini aku rasakan ..
dari lubut hati yang dalam ..
kekadang mengalir airmata tanpa aku sedari .. 
tanpa ku pinta ..

................

 Pernahku dengar "rindu itu fitrah"
cuma perlu di salurkan ke jalan yang betul .

Pernahku dengar "luka di hati itu sakit"
sakit daripada luka dilutut .

apa yg aku buat ?

doa ..
doa ..
dan terus berdoa ..

Allah .. berat perasaan ini ..
untukku tanggung ..
sesungguhnya Engkau saja yang Maha Mengetahui ..







..............

sehingga satu saat ..
aku dapat satu "ubat"

ubat yg mendamaikan hati ini ..

Bicara ini ..

" kadangkala kita rasa kita sangat rindu kat seseorang .
sama ada hidup atau sudah mati.

rindu yang teramat .

tapi ...

sebenarnya kita lupa ..
kita lupa siapa yang menciptakan perasaan "rindu" itu " .

ALLAH ..
tersungkur aku seketika ..
merenungkan kembali apa maksud yang tersirat dalam kalimah itu ..

........................

selama ini aku fikir .. si dia .. 
dia manusia yg aku rindukan ..
yg telah pergi jauh dari hidupku ..
malah telah membenciku ..
sangat-sangat benci .

Allah ..

Hakikatnya ..
Sebenarnya bukan dia yg aku rindukan ..
hati aku rindu " Allah " sebenarnya ..
Sang Pencipta Rindu ..

yaa.. DIA yang menciptakan rindu ini ..
DIA yang menciptakan airmata yang mengalir selama ini ..

sedemikian itu ..Allah kurniakan rasa rindu kerana ALLAH rindu cinta diri ini kepadaNya ..

ALLAH rindu aku ?
aku tak nak balas ke rasa rindu ALLAH itu ?

ALLAH .. maafkan hambaMU yang hina ini .. 

sejenak aku munasabah ..

di manakah aku letak ALLAH dihatiku ?
sehinggakan aku merindui si dia melebihi rindu kepada Allah .

di mana ALLAH di hatimu sayang ? "hati mula menguasai diri "

menangislah diriku sayang ..
sepuas hatimu ..
muhasabah kembali ..
bersihkan kembali hatimu ..
jiwamu ..

siapa yg layak untuk berada di hatimu ?
siapa yg menciptakan kebahagiaan setelah tangisan itu reda ? 
sedangkan si dia membencimu .
siapa yg hadirkan perasaan rindu ini ?
siapa yg sentiasa dengar permintaanmu ?
malah mengabulkan doamu ?

......................


wahai diri yg tersakiti ..

ALLAH sentiasa bersamamu ..
semua itu adalah ujian untukmu ..

ALLAH telah berfirman :

Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].


Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]

wahai diri ..
baca dan tadabburlah ayat ini ..
agar ia menjadi pengubat hatimu ..
agar kau bisa menjadi seorang insan yang tabah dan sabar ..

Bangkitlah dari duka ..
dirimu bisa ..
bisa berdiri kembali ..
berlari menuju kebahagiaan ..
tak perlu meratapi kesedihan yng telah tercipta ..

sedarlah diri yang lemah ,,
          Allah tahu kesedihanmu ..
                Allah tahu dirimu lemah ..
        Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..
ALLAH sayang kamu .

                                                                   biarlah manusia membencimu ..
                                                                      jangan ALLAH membencimu ..
    
         " jangan resah andai ada yang membencimu ,  kerana masih ramai lagi mencintaimu di dunia . 
Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu , kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat "
 ~ Imam Al-Ghazali ~



Khamis, 18 Julai 2013

*Kisah Seorang Istri Yang Berhati Mulia*






Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik istrinya dengan sangat keras.....


Isteri yang kena herdik, merasa sakit hati, tapi tanpa berkata-kata, dia menulis diatas pasir :



" HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU"



Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah tempat yang ada nya air dimana mereka memutuskan untuk mandi.


Si Isteri, mencuba berenang namun nyaris tenggelam dan berhasil diselamatkan suaminya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya hilang dia menulis disebuah batu :



" HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU"




Suami bertanya : “kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya diatas pasir dan sekarang kamu menulis diatas batu ?”

Istrinya sambil tersenyum menjawab :

“ketika, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu..

Dan bila sesuatu yang luar biasa diperbuat suamiku, saya harus memahatnya diatas batu hatiku, agar tidak bisa hilang tertiup angin." :-)


Subhanallah....
Sungguh isteri yg sangat mulia..

Selasa, 30 April 2013

♥ Selamat Hari Lahir Ummiku Tersayang ♥





Alhamdulillah akhirnya ummi terima jgk kad birthday hasil dariku yg x seberapa.. ^^
semalaman berfikir , buat kad utk ummi.. huhu.. 
smpai lewat pagi.. jam 5.30 pgi bru siap.. cepat2 berkemas takot ummi bangun .. takot trkantoi jer hihi.. a
lhamdulillah nasib baik selamat. huhu ..(";")
berkorban utk ummi trcinta ape salahnyer kn.. hihi

ummiku syg.. ♥
terima kasih krna sudi menerima kad x seberapa itu..
kak y0ng syggggg ummi ^^
Selamat Hari Lahir ^_^ ummiku syg..
semoga ummi dipanjangkn umur utk tambahkn amal..
dimurahkan rezeki utk banyakkn sedekah..
dan permudahkan segala urusan dunia dn akhirat..
aamiin..

Isnin, 29 April 2013

"Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"









Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"

Ayah: "Tak boleh sayang.."

Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin :-)

Kemuliaan itu suatu yg datangnya dari Allah, Begitu juga Kehinaan..









Masha Allah...tidurnya seorang hamba Allah yang aku kagumi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz..
aku sendiri tidur tak macam tu.. tidur cara junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w...

ketua kerajaan sesebuah negeri yang tiada masalah tidur di atas karpet atau tikar(lebih2 lagi di masjid) tanpa ditemani atau diupah seorang pun pengawal peribadi....


benarlah, kemuliaan itu suatu yg datangnya dari Allah, begitu juga kehinaan..
Jika Allah berkehendak dia jadi mulia maka seluruh manusia berhimpun utk menghinanya, dia tetap dgn kemuliaannya...
Jika Allah berkehendak dia jadi hina maka seluruh manusia berhimpun utk memuliakannya, dia tetap dgn kehinaannya....

APA ITU ISTIDRAJ ??









Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam